Komunikasi berdasarkan sesuatu simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan

Komunikasi ini dapat membantu mempengaruhi diri manusia
sebagai contoh minda dan tingkah laku seseorang manusia tersebut. Komunikasi
merupakan salah satu proses di mana manusia menerima dan menghantar sesuatu
pesanan atau maklumat. Komunikasi juga merupakan satu landasan di mana untuk
berkongsi pendapat antara satu sama lain, informasi dan sebagainya. Menurut
Prof. Mulyana, (2012), ia adalah sebagai suatu proses penyampaian pesanan dan
juga proses penyampaian pesanan yang bersifat arahan dari komunikator (penyampai
pesanan) kepada komunikan (penerima pesan) dengan menggunakan perantaraan atau
media tertentu sehingga memunculkan informasi tersebut. Llyod, (1990)
menyatakan bahwa bahasa komunikasi adalah alat penghubung atau komunikasi
antara anggota masyarakat yang terdiri atas individu-individu yang menyatakan
pemikiran, perasaan, dan keinginannya. Selain daripada itu juga, menurut Berlo,
D. (2013), beberapa faktor kegagalan aktiviti pembelajaran atau di dalam
kumpulan adalah disebabkan kurangnya pemahaman terhadap disiplin dan juga
komunikasi dua hala.

Oleh itu, definisi komunikasi secara umumnya ialah proses
penyampaian serta pemindahan maklumat daripada seseorang kepada seseorang yang
lain. Komunikasi adalah proses mewujudkan kefahaman orang tentang maklumat yang
disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. David,
J. (2001), mendefinisikan komunikasi sebagai satu cara manusia saling berhubung
dan melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi bersama, dengan syarat
mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan
berdasarkan sesuatu simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang
melambangkan atau menyerupai idea-idea menyampaikan maksud. David, J. (2001),
menulis di dalam bukunya Communication in
Event Management, mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran pendapat
maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai matlamat dan dilaksanakan
secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan
untuk mencapai tujuan di dalam sesebuah organisasi tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komunikasi
Strategik

Komunikasi strategik pula ia merujuk kepada keutamaan dan
bimbingan untuk mendapatkan konsistensi didalam sesuatu maklumat bagi sesebuah
organisasi ataupun seseorang individu. Komunikasi strategik ini juga merupakan
satu sistem penyampaian maklumat daripada orang lain kepada individu yang lain
didalam kaedah menyumbang dan mencapai kesan jangka panjang yang dikehendaki.
Menurut James. N, (2003) beliau mengatakan didalam bukunya yang berjudul Communication Culture, suatu perancangan
dan merupakan satu usaha memperbaiki permasalahan dan krisis yang
berkemungkinan akan belaku. Beliau mengata lagi, komunikasi strategik juga
merupakan suatu proses dimana untuk menghantar maklumat yang lengkap melalui
saluran yang tertentu kepada penerima.

Oleh yang demikian, di dalam kajian yang dijalankan, ia
dapat meletakkan beberapa pengkaji menbincangkan bahawa komunikasi sebagai
salah satu aspek terpenting di dalam sesebuah pengurusan organisasi ataupun
seseorang individu. Keyton. J (2002), komunikasi strategik merupakan salah satu
faktor terpenting yang acapkali membantu para pelajar didalam mengenali
aktiviti tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Selain daripada itu,
komunikasi strategik juga membantu kesemua para pelajar untuk memperbaiki
cara-cara komunikasi yang betul semasa sesi pembelajaran didalam kelas mereka.

 

 

 

 

Pengurusan
Produksi

Pengurusan yang membawa erti mengendalikan dan menangani
sesebuah produksi (Murgiyanto, 1985). Komunikasi di suatu organisasi yang
dilakukan pimpinan, baik dengan para karyawan maupun dengan kha layak yang ada
kaitannya dengan organisasi, dalam rangka pembinaan kerja sama yang serasi
untuk mencapai tujuan dan sasaran organisasi (Effendy,1989). Komunikasi
organisasi adalah pengiriman dan penerimaan berbagai pesan organisasi di dalam
kelompok formal maupun informal dari suatu organisasi (Effendy, 1989). Komunikasi
secara di dalam bentuk formal adalah komunikasi yang harus ada di dalam
organisasi itu sendiri dan sifatnya berorientasi kepentingan organisasi. Di
dalam pengurusan organisasi yang baik, ia disebalik pengurus produksi yang
berdedikasi, disiplin dan mempunyai komunikasi yang bagus bersama tenaga kerja
yang lain. Pengurus produksi bertanggungjawab di dalam melaksanakan serta
memaparkan elemen-elemen penting di dalam sesebuah produksi. Tugas sebagai
seorang pengurus produksi sangat penting dan ia menjaga semua tenaga kerja yang
lain bagi memastikan tenaga kerja yang lain melakukan serta besama-sama
menjayakan sesebuah seni persembahan teater (Andika Aziz, 2014). Di dalam
sesebuah produksi, seorang pengurus produksi memegang tanggungjawab serta
mengambil risiko di dalam pelbagai tugasan seperti mencari sumber kewangan,
memerhati dan menyelaraskan kebajikan di dalam sesebuah produksi, dan
memastikan segala penghasilan rekaan set sesebuah teater dihasilkan mengikut
kemahuan pengarah tersebut.

 

 

 

 

Penyataan
Masalah Kajian

Pada abad ini, komunikasi memainkan peranan penting
terutamanya kepada organisasi dan individu kerana komunikasi merupakan satu
elemen yang dapat membantu mereka untuk lebih mahir di dalam menyampaikan
sesuatu perkara daripada individu lain kepada individu yang lain. Kemahiran
komunikasi juga adalah untuk membantu di dalam pengurusan produksi untuk
menjayakan sesebuah pengurusan tersebut agar lebih teratur.  Camiron, D. (2001) mengatakan bahawa perkara
yang paling mencabar buat para pelajar apabila sudah berada di alam pekerjaan
yang sebenar adalah dimana sebahagian daripada mereka akan menghadapi masalah
kekurangan untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi dengan berkesan. Ini juga
boleh di aplikasikan dalam pengurusan produk. 
Justeru, permasalahan yang ingin dikaji adalah di dalam melaksanakan
kajian ini dengan kajian komunikasi strategik yang di gunakan di dalam
pengurusan produksi.

 

Objektif
Kajian

Objektif yang terdapat di dalam kajian ini adalah:

1.     
Mengenalpasti
pemahaman tentang komunikasi dalam pengurusan produksi

2.     
Mengenalpasti
jenis-jenis komunikasi strategik yang digunakan dalam pengurusan produksi

3.     
Mengkaji
komunikasi startegik utama yang digunakan dalam pengurusan produksi

 

 

 

Persoalan
Kajian

Di dalam kajian ini mempunyai beberapa persoalan, antara

1.     
Apakah
faktor-faktor komunikasi strategik yang digunakan dalam pengursan produksi?

2.     
Apakah
jenis-jenis komunikasi strategik yang digunakan dalam pengurusan produksi?

3.     
Apakah
strategik komunikasi utama yang dilakukan dalam pengurusan produksi bagi
menjayakan Festival X ?

 

Kepentingan
Kajian

Kajian ini dilakukan bagi membolehkan komunikasi yang
strategik dalam pengurusan produksi. Ini adalah untuk meningkatkan kajian
mengenai permasalahan komunikasi yang ada di dalam pengurusan produksi.  Dalam kajian ini dijalankan, terdapat
beberapa komunikasi strategik amat berkesan kepada pengurus produksi bagi
mengaplikasikan komunikasi tersebut dalam pengurusan produksi. Selain daripada
itu, ia juga bertujuan pembelajaran bagi memperbaiki cara komunikasi yang
sewajarnya digunakan. Justeru diharap dengan kajian ini dilakukan, ia dapat
digunakan bagi mempraktikkan dan mempertingkatkan kualiti dalam komunikasi
disamping melahirkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan.

 

 

 

 

 

Skop
Kajian

Kajian ini dijalankan bagi melihat komunikasi strategik
sebagai satu komponen-komponen penting bagi mempertingkatkan pretasi komunikasi
dalam pengurusan produksi. Dengan melaksanakan ini, ia dapat memberi maklumat
mengenai kepentingan utama dalam komunikasi yang berkesan bagi menjayakan
produksi tersebut.

 

Tinjauan
Literatur

Kemahiran komunikasi yang telah dicadangjan oleh Thomas,
K. (2007) telah digabungkan untuk membentuk seperti mana dibincangkan mengenai
komunikasi strategik. Komunikasi strategik dilihat di dalam satu komponen yang
penting bagi digunakan sebagai keyakinan diri ketika berkomunikasi atau
berinteraksi bersama orang lain. Camiron, D. (2001) menjelaskan bahawa kejayaan
sesebuah kumpulan di dalam menghasilkan pembentangan yang menarik adalah
berdasarkan komunikasi yang proaktif dan berkesan. Selain tu, konflik
komunikasi yang belaku di dalam perbincangan yang menghubungkan dua pihak yang
saling memerlukan serta mempunyai tujuan yang berbeza dan sumber yang terhad.
Menurut Daniel, E. (2006), beliau menyifatkan beberapa elemen yang penting di
dalam usaha menguruskan konflik di dalam sesebuah perbincangan. Antaranya
adalah kemahiran berkomunikasi yang merangkumi interpersonal, pemimpin dan
keupayaan menwujudkan dengan orang lain.

 

 

 

Faktor
di dalam Komunikasi Strategik

Dengan adanya strategik di dalam komunikasi strategik di
dalam kehidupan atau sesebuah perancangan maka semestinya ia dapat menghasilkan
penyampaian maklumat yang berkesan. Sebagaimana menurut James, H. (2004),
faktor utama komunikasi strategik iaitu
Credibility (kepercayaan). Ini merupakan salah satu komunikasi yang sangat
mempengaruhi oleh elemen kepercayaan. Komunikasi terjadi antara penyampai dan
penerima mesej tersebut. Mereka haruslah saling mempercayai dan saling memahami
antara satu sama lain. Jika tidak ada kepercayaan di antara satu sama lain,
maka kegagalan di dalam elemen kepercayaan tidak dapat di aplikasikan di dalam
komunikasi.

Perbincangan menurut James, N. (2003) elemen yang
seterusnya ialah Relationship
(perhubungan). Ini merupakan elemen yang berpengaruh di dalam komunikasi. Di
dalam penerangan tersebut adalah apabila hubungan antara penyampai mesej dan
juga penerima mesej tidak terjalin dengan baik, maka komunikasi antara mereka
akan mempunyai masalah. Keberhasilan komunikasi sangat berkait rapat dengan
situasi sekeliling dan keadaan persekitaran ketika penyampaian komunikasi
barlangsung. Selain itu, Content (kepuasan)  iaitu komunikasi harus menimbulkan rasa puas
hati dan saksamamdari kedua-dua belah pihak sama ada penyampai mahupun penerima
mesej. Ini juga turut dibincangkan oleh James, N. (2003).

Continuity
& Consistency
(kesinambungan dan konsisten) iaitu komunikasi dapat berlangsung jika terdapat
kesinambungan dan kontentasi sesebuah hubungan antara penerima mesej dan juga
penyampai mesej tersebut. Komunikasi harus dibuat secara berterusan dan
berurutan, selain itu mesej yang hendak disampaikan haruslah tidak boleh
bertentangan. Menurut Neuliep, W. (2006), beliau mementingkan bahawa setiap
seorang di dalam sesebuah organisasi harus konsistensi dalam menyampaikan
maklumat supaya setiap yang disampaikan tidak bercanggah daripada maklumat yang
asal. Di dalam aspek Capability of
audience (kemampuan komunikasi) merupakan komunikasi yang penting di mana
penyaluran maklumat atau sesebuah informasi haruslah disesuaikan dengan
kemampuan pengetahuan serta pengalaman bagi pihak penerima maklumat. Oleh itu,
penyampai sesebuah maklumat haruslah faham dan mengelakkan penggunaan
istilah-istilah yang tidak wajar di gunakan dan sukar difahami oleh penerima
maklumat.

Penggunaan cara komunikasi yang betul merupakan satu
medium untuk saling berhubung sama orang sekeliling dengan menggunakan
komunikasi di dalam bentuk verbal dan non-verbal. William, B. (2003),
menyatakan bahawa jenis komunikasi terdiri daripada komunikasi verbal dan
komunikasi non-verbal yang disebut sebagai bahasa penggunaan badan. Komunikasi
verbal mempunyai tiga elemen iaitu Vocabulary
(pebendaharaan kata). Komunikasi tidak dapat ditafsirkan serta difahami
apabila perasaan yang disampaikan dengan kata-kata yang disalah ertikan. Oleh
kerana itu, kata-kata yang dilontarkan dan disampaikan dengan baik. Elemen
kedua adalah racing (kecepatan).
Komunikasi dapat difahami dengan mudah apabila setiap kata-kata dan pertuturan
yang diucapkan dapat disebut dengan kemas dan teratur. Perlu difahamkan
komunikasi harus diatur dengan baik dan tidak terburu-buru. Dengan keadaan yang
terburu-buru maka komunikasi yang perlu di sampaikan tidak di sampaikan dengan
baik. Elemen terakhir adalah voice
(intonasi suara). Dengan elemen ini, membuatkan pertuturan komunikasi menjadi
lebih mudah difahami. Dengan menggunakan intonasi suara, maklumat yang hendak
disampaikan oleh penyampai membuatkan lebih dramatik. Jenis komunikasi
non-verbal pula disifatkan dengan penyampaian mesej atau maklumat tanpa
sebarang penggunaan perkaaan tetapi disampaikan dengan ekspresi wajah. Ini
merupakan daya tarikan apabila melaksanakan komunikasi  tersebut. Ini kerana ekpresi wajah
mencerminkan tentang emosi dan perasaan seseorang itu.

Komunikasi dalam pengurusan produksi adalah salah satu
komunikasi yang dapat meningkatkan komunikasi dalam kalangan pengurus produksi
dan krew-krew di dalam pengurusan produksi. Komunikasi dengan lebih lantang
dapat menjadikan sesebuah komunikasi tersebut membina cara berkomunikasi yang
lebih berkesan, iaitu cara-cara seseorang itu untuk memperbaiki pengurusan
sesuatu perkara itu supaya lebih berkesan serta lebih cekap. Oleh demikian,
sesebuah organisaisi di Universiti akan sentiasa mengalami permasalahan komunikasi.
Jadi kecekapan penyampaian maklumat adalah bergantung dengan keberkesanan
komunikasi dengan penerima maklumat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bentuk
Kajian

Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang
tersendiri yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Data kualitatif ialah
dalam bentuk temubual. Nota lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong
utama dalam mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian
kualitatif.  Bab ini cuba mengupas dengan
mendalam bentuk data, kekekuatan dan kelemahan metodologi bagi setiap data yang
dikumpul, serta proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif.

Bentuk kajian yang digunakan menggunakan kaedah temubual.
Temubual yang digunakan ialah temubual mendalam. Temu muka berulang antara
pengkaji dan subjek pengkajian, dalam rangka memahami pandangan subjek
pengkajian mengenai hidupnya, pengalamannya, ataupun situasi sosial sebagaimana
diungkapkan dalam bahasanya sendiri. Sebagai contoh, pengalamannya dalam
melaksanakan kerja-kerja di dalam pengurusan produksi. Temubual mendalam
bersifat luas, terbuka, tidak terstruktur, dan tidak semestinya bersifat tetap.
Intinya ialah pertemuan berulang kali secara langsung antara pengkaji dan
subjek pengkajian. Selain daripada itu, bentuk kajian juga di dalam pemerhatian.
Pemerhatian memungkinkan pembentukan pengetahuan secara bersama sama antara pengkaji
dan subjek pengkajiannya. Pemerhatian memungkinkan pengkaji untuk melihat,
merasakan, dan memaknai dunia beserta ragam peristiwa dan gejala sosial
dalamnya, sebagaimana subjek pengkajian melihat, merasakan dan memaknainya.

BACK TO TOP
x

Hi!
I'm Al!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out